Asrama
Penyayang Nur Iman adalah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim, fakir
miskin dan mualaf yang ditubuhkan seawal tahun 2004 oleh Puan Sharimah
Binti Ali dengan menyewa dua buah rumah di Lot 3206, Kampung Bandar
Dalam 6/4, Sentul, Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur
Iman berjaya menempatkan 14 orang anak yatim yang tercicir dari
persekolahan dan telah diterima rayuan bersekolah semula. Penghuninya
telah meningkat kepada 45 orang pada tahun 2005 dan telah menyewa tiga
buah rumah di sekitar Tapak Setapak dan Kuala Lumpur.
Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman kini bertempat
di alamat AN 33, Jalan Bakubang, Taman Setapak, Kuala Lumpur dan AP6 /
AP6A, Lorong Ibu Kota 6, Taman Ibu Kota, Setapak Kuala Lumpur.
Penghuninya kini seramai 45 orang dan ia telah didaftarkan di bawah
Pertubuhan Persatuan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur. Pertubuhan
Persatuan Penyayang Nur Iman adalah sebuah pertubuhan yang mengendalikan
tiga buah rumah anak-anak yatim lelaki dan perempuan serta menjalankan
aktiviti kebajikan dan dakwah di perkampungan Orang Asli di daerah
Gombak, Kuala Lumpur dan Selangor.